Dua kanak-kanak dirantai pada sebuah bangunan di bandar raya ini ketika ibu bapa mereka bekerja.Budak lelaki dan kakaknya, berusia tiga dan empat tahun diikat dengan
rantai besar supaya mereka tidak boleh melarikan diri atau diambil oleh
orang tidak dikenali.
Kanak-kanak berkenaan, yang ibu bapanya pekerja pendatang yang
miskin, pernah dilihat menangis mengenangkan keadaan mereka yang
terpaksa di rantai itu.
Penduduk berhampiran berkata, ibu bapa kanak-kanak itu berasal dari Hunan, wilayah selatan China dan melakukan pelbagai jenis kerja di kawasan itu.

Terlalu bahaya untuk membawa mereka ke kawasan pembinaan ketika mereka bekerja.Kerana itu, pasangan berkenaan merantai anak mereka untuk memastikan mereka selamat.Si bapa berkata, dia dan isteri sedar mereka tidak sepatutnya merantai anak mereka sedemikian.
“Isteri saya sudah beberapa kali menangis kerana terpaksa merantai mereka. Tetapi, kami tidak punyai pilihan,” katanya.Perbuatan itu menggambarkan kemiskinan melampau yang dihadapi ramai keluarga di China.
Sebahagian ibu bapa tidak mampu membayar penjagaan anak atau anggota keluarga yang kurang upaya ketika mereka keluar bekerja.
Bulan lalu, gambar mendedahkan nasib seorang gadis berusia 13 tahun, Jiang Manqi, yang diikat pada basikal berenjin di Fuzhou, wilayah Fujian.
Dia diikat sedemikian untuk membolehkan datuknya mengutip sampah untuk dikitar semula.Keluarganya tidak mampu untuk mengubati penyakit sawannya. Kerana itu dia diikat pada basikal supaya anggota keluarganya boleh mengawasinya.
Sementara itu, di Nanjing, timur China, seorang wanita merantai anaknya dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu.
Hong Chunlin, 37, menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tangan dirantai pada katil.Dia dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang yang beryusia 71 tahun. Wanita itu berkata, dia bertindak demikian selepas kelakuan anaknya menjadi ganas.[metro]