Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya
menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di
sini terpaksa ditutup mulai semalam.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran
yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak
yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai
masalah.
"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama
dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000.Bagaimanapun pada bulan Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan
perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.
Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan
antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan
siakap nyonya.
Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.[kosmo]