Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja.
Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita
terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian
kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini,
Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya
bekerja di pejabat.Kata Maneesh, dia malu selepas mendapati dia menghabiskan masa kira-kira 19 jam seminggu melayari Facebook.
“Saya membuat keputusan untuk bertindak selepas menyedari masa
sebanyak itu diluangkan melayari laman sosial berkenaan,” katanya.
Maneesh berkata, di depan komputer tanpa pengawasan menyebabkan
seseorang hanya produktif tiga hari seminggu.[metro]