Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts
(MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu
sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.
Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.
Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut
akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada
pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status
yang ditulis.
Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu." Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow.[kosmo]
*macam-macam lah..
Hihihihihihi...tak der kojo ler tu
BalasPadam