Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak
sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki
ibunya.
Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana
mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan
kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.
Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata,
sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada
alat bantuan pernafasan.
Menurut Aida, doktor memberitahunya peluang untuk anaknya terus hidup sangat tipis.“Doktor memberitahu, otak anak saya tidak mencatat sebarang aktiviti dan terdapat tiga kesan retak pada tempurung kepalanya."Setelah enam hari tidak sedarkan diri, Balkis meninggal dalam dakapan saya," katanya.
Menurut Aida, sebelum kejadian, teman lelakinya ada membawa Balkis bersiar-siar, tetapi apabila pulang ke rumah, anaknya tidak henti-henti menangis, seolah-olah berada dalam kesakitan.
"Balkis kemudian terus tidak sedarkan diri dan saya bergegas membawanya ke hospital," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah ibu bapanya, semalam.
Aida berkata, dia ada bertanya kepada teman lelakinya mengenai kecederaan dialami Balkis, tetapi lelaki itu tidak mengaku dera bayi itu.
“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan tidak tahu siapa yang boleh dipercayai buat masa ini. Mungkin sudah takdir untuk Balkis menemui Ilahi (cara demikian). Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.
Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru belajar berjalan, tidak sempat menggunakan baby walker yang dibelinya.
“Dia juga sudah pandai menyebut mama dan papa," katanya.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di sini, jam 5 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jumaat lalu, teman lelaki Aida ditahan polis kerana disyaki melakukan kesalahan pecah rumah, pengedaran dadah dan memiliki senjata berbahaya bersama dua lagi suspek berusia 37 dan 39 tahun, di Tongkang Pechah, dekat sini.
Lelaki berusia 34 tahun itu juga dikehendaki berhubung dengan kes pecah rumah di Muar.Kes penderaan bayi itu dilaporkan kepada polis oleh pihak HSNI pada hari kejadian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Datuk Ariss Samsudin, mengucapkan takziah kepada keluarga bayi berkenaan.
“Saya bersimpati dengan kejadian ini dan saya harapkan apa yang berlaku dijadikan pengajaran kepada semua,” katanya.[sinar]

*Al-fatihah untuk baby comel ni..