Struktur gaji baru diusulkan untuk tukang cuci, dengan SG$1,000 (RM 2,497) ditetapkan sebagai permulaan gaji pokok bulanan.
Tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini oleh pegawai kesatuan
sekerja, syarikat pembersihan dan kerajaan itu akan menaikkan bayaran
gaji tukang cuci sebanyak 23 peratus.
Pada masa ini, bayaran gaji
kasar bulanan pencuci pejabat ialah RM2,035 sebulan, menurut Kementerian
Tenaga Buruh.
Panduan asas bayaran turut menetapkan gaji yang tinggi
untuk tukang cuci yang melakukan kerja lebih sukar, menjamin bayaran
minimum mereka patut dibayar.
Panduan asas pembayaran gaji yang diusulkan ini diumumkan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), Heng Chee How yang bertindak selaku pengerusinya dalam satu acara semalam.
Dia berkata, sementara tanda aras bayaran gaji ini hanya satu bentuk
pembayaran indikatif, dia berharap syarikat akan melaksanakannya.
NTUC telah berjuang untuk menaikkan bayaran gaji dalam sektor pembersihan berikutan ia tidak meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Singapura.
Tukang cuci adalah pekerja kedua paling rendah bayaran gaji
di Singapura, memperoleh lebih banyak daripada pekerja cuci kereta yang
mendapat RM1,872 sebulan.
Mengikut panduan asas diusulkan, tukang cuci
dikategorikan kepada tiga kumpulan: Mereka yang membersihkan pejabat,
estet perumahan dan pusat penjaja atau medan selera.[metro]
Assalamualaikum.. 2 orang boleh masuk kerja ?
BalasPadamAssalamualaikum.. 2 orang boleh masuk kerja ?
BalasPadam