Seorang pesara tentera, Mahadi Othman 41, yang menetap di perumahan
Taman Damai memiliki khazanah yang cukup bernilai iaitu sebuah al-Quran
kecil yang dipercayai berusia hampir 80 tahun.
Menurutnya, al-Quran yang hanya sebesar sekeping setem itu adalah milik
turun-temurun keluarganya yang disimpan setelah bapanya meninggal dunia
tiga bulan lalu.
“Ketika usia saya 10 tahun, saya pernah lihat arwah ayah saya menunjukkan al-Quran ini kepada saya. Menurut arwah, al-Quran ini diambil dari arwah datuknya dahulu”, katanya.
“Semasa dalam simpanan ayah saya, al-Quran ini dijaga dengan rapi dan dibalut dengan kain supaya ia sentiasa kelihatan baik dan tidak hilang," katanya sambil memegang kitab suci itu.
Mahadi berkata, selepas pemergian ayahnya, yang ketika itu menetap di Kampung Sungai Asap Gua Musang Kelantan, dia telah mengambil Al-Quran itu untuk disimpan.
"Saya sedia dikunjungi oleh mana-mana pihak yang ingin mengesahkan status al-Quran ini adakah benar ia berusia hampir 80 tahun dan dari mana asal usulnya atau sebaliknya.
“Saya juga bersedia untuk menjualnya sekiranya ada individu yang berminat dengannya serta harga yang berpatutan," katanya.[sinar]