Seorang artis menggunakan kreativitinya mencipta nama menggunakan
jari yang dihias bagi membentuk pelbagai wajah orang terkenal.
Berasal dari Bologna, artis yang hanya mahu dikenali dengan nama
samaran Dito Von Tease itu menggunakan jarinya bagi memaparkan wajah
seperti Dalai Lama, Jesus, Muammar Gaddafi dan Hitler.
Dia memilih nama samaran Dito sempena nama seorang penari, Dita, serta perkataan bahasa Itali il dito (bermaksud jari).
Kata Von Tease, projek “Ditology” itu dilakukan bagi melihat kepada
kepekaan terhadap identiti serta bagaimana seseorang menggunakan samaran
- terutama apabila mereka meninggalkan “cap jari digital” dalam talian.
“Ia bermula tiga tahun lalu ketika saya mencari imej asli sebagai
gambar profil di Facebook,” katanya.
Menurut Von Tease, 33, dia memilih jari sebagai pengenalan kerana tidak mahu identitinya terdedah. Katanya di Itali, ada ungkapan agak popular, nascondermi dietro un dito, yang bermaksud “bersembunyi di balik jari.”
“Ia adalah
kiasan kepada tindakan bersembunyi yang tidak berkesan,” katanya. Von
Tease berkata, dia menggunakan kiasan itu untuk menyatakan bahawa, semua
manusia cuba menyembunyikan diri di balik imej yang direka sendiri.
Mengenai jarinya, Von Tease berkata, dia menghiasinya untuk memaparkan wajah sesiapa saja, terutama individu terkenal. Dia menukar watak jarinya setiap harian berdasarkan kepada berita dan perkembangan semasa, membabitkan isu sejarah, seni, muzik, televisyen dan politik.
Untuk
melengkapkan imej itu, Von Tease menukar warna kulit pada jarinya dan
menambah gaya rambut, mekap dan ciri khusus yang dikaitkan dengan tokoh
yang dipilih.[metro]