Sebuah restoran di sini yang dikendalikan beberapa pekerja bisu dibuka kepada orang ramai pada Selasa lalu.
Restoran Atfaluna yang terletak dekat sebuah pelabuhan digerakkan
para pekerjanya yang berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa
isyarat.
Ia ditubuhkan dengan bantuan Yayasan Drosos, Switzerland bagi mempromosikan golongan bisu yang boleh bekerja.Seramai 12 orang bekerja di restoran tersebut.
"Golongan bisu mempunyai keazaman dan tiada sebarang kebimbangan
kecuali ketika pekerja berkomunikasi," kata seorang penyelia, Ayat
Imtair.
Selepas para pekerja bisu itu menghadiri latihan selama enam bulan,
Ayat yakin operasi di restoran tersebut akan berjalan dengan lancar.[kosmo]