Seorang jurutera menemui cara terbaik membawa barang yang banyak
menaiki pesawat tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk bagasi.
John Power berkata, rekaannya itu dikenali sebagai Jaktogo kot
berharga 56 (RM270) yang boleh menjadi beg pakaian.
Produk itu pada
asasnya adalah sehelai kot tetapi boleh ditukar menjadi beg supaya
pemakainya boleh membawa lebih banyak barang ketika menaiki pesawat.
Kata Power, 57, kot itu mampu diisi pelbagai barang sehingga 10 kilogram sebagai bagasi tangan.“Ia sesuai digunakan untuk penerbangan bajet rendah,” katanya. Menurut Power, Jaktogo juga dilengkapi banyak poket untuk diisi peranti terkini seperti iPad dan kamera, selain keperluan pengembara seperti buku, pakaian dan tuala.
“Jika di tempat bercuaca panas, Jaktogo boleh digunakan sebagai pakaian tanpa lengan,” katanya. Sesuai dengan dirinya yang sering pergi ke merata tempat, Power mendapat idea mencipta Jaktogo kerana bosan dengan pelbagai bayaran dikenakan syarikat penerbangan tambang murah.
Ryanair, misalnya, mengenakan caj antara 15 hingga 50 (RM75 hingga RM250) bagi setiap beg dengan berat maksimum
15 kilogram yang ingin dimuatkan dalam kargo.
Caj itu meningkat sehingga 130 (RM650) jika beg itu tidak didaftarkan sebelum penumpang tiba di lapangan terbang.
Syarikat penerbangan itu membenarkan penumpang membawa bagasi tangan
seberat 10 kilogram dan hanya satu dibenarkan dibawa bagi setiap
penumpang.
Sesiapa yang ingin membawa bagasi tangan lebih daripada
satu, mereka dikenakan caj tambahan 50 (RM250) Power - kini menetap di
Antwerp, Belgium berkata, sejak syarikat penerbangan tambang murah
mengenakan pelbagai syarat, dia mula mencari jalan menjimatkan masa
menunggu bagasi di lapangan terbang.
“Saya sering nampak penumpang
terkandas di lapangan terbang hanya kerana sedikit lebihan berat bagasi
atau mereka dipaksa mendaftarkan barangan mereka untuk dimuatkan dalam
kargo kerana bagasi tangan melebihi had dibenarkan,” katanya. Kata
Power, keadaan itu sangat tidak adil.“Justeru, saya mencari jalan mengatasinya tanpa kelihatan bebal,” katanya.[metro]