Menjalin hubungan dengan bekas tentera yang menghabiskan masa hampir
tiga tahun dengan serigala dalam taman hidupan liar serta tanpa mandi
bukanlah impian yang menarik.Namun, dalam keadaan hidup begitulah Shaun Ellis bertemu pasangannya, Isla.
Digelar Wolfman, Ellis, 47, dipercayai menjalin hubungan sangat akrab dengan haiwan liar serta mengajar teman wanitanya itu untuk menjadi sebahagian daripada mereka.
Hasil persefahaman dengan Isla, 30, kini mereka melangsungkan
perkahwinan secara tradisi selepas bertemu kali pertama pada September
2009.
Lebih dua tahun selepas menjalin hubungan istimewa pada April
2010, Ellis dan Isla berkahwin mengikut adat tradisi suku pribumi
Amerika Syarikat (AS) dalam satu majlis di Devon.
Disebabkan kecintaan mendalam terhadap pribumi AS, Ellis dan Isla membina khemah seperti kediaman suku Red Indian di taman dan ia menjadi rumah kedua untuk mereka ketika m enjalankan kajian secara dekat hidupan liar di kawasan berkenaan.
Kata Isla, cintanya terhadap Ellis adalah cinta
pandang pertama “Saya tak tahu apakah cinta sehingga saya diperkenalkan
kepada Ellis.
“Selepas sekian lama membayangkan lelaki idaman saya, nampaknya lelaki itu adalah Ellis,” katanya. Sejak berkenalan, kata Isla, Ellis banyak mengajarnya mengenai serigala, terutama bagaimana menghormati haiwan liar itu. Setakat ini, katanya, dia tidak pernah diserang atau dicederakan serigala.
Ellis menghabiskan masa dua setengah tahun memburu, makan, melolong
dan tidur bersama empat serigala jantan di taman berkenaan yang terletak
di Coombe Martin, Devon.
Dia juga mengehadkan pemakanannya kepada daging semata-mata, selain tidak mandi supaya bau badannya sesuai dengan haiwan liar berkenaan. Kata Ellis, dia lebih selesa hidup bersama serigala berbanding bergaul dengan manusia. “Jika berjauhan, saya akan merindui serigala itu.
“Bagi saya, serigala itu sama seperti keluarga manusia kerana pertalian sesama mereka rapat,” katanya.[metro]