Kajian mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin.Menurut penyelidik, Albert Mannes, beliau memutuskan untuk membotakkan
kepalanya apabila mula mengalami masalah keguguran rambut di usia 30-an
dan mendapati ramai yang melayannya dengan cara berbeza dan mula
berfikir untuk membuat kajian berhubung senario tersebut.
Dalam ujian pertama, beliau menunjukkan gambar peserta lelaki dengan kepala botak dan peserta yang mempunyai rambut.Undian jelas memihak kepada si botak dengan statistik yang tinggi berbanding lelaki berambut.
Bagi eksperimen kedua, Mannes menunjukkan seorang lelaki mempunyai rambut dan lelaki sama dengan kepala botak menggunakan teknik Photoshop.
Keputusan bancian itu kemudiannya memihak kepada lelaki botak kerana disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinan.
“Ini menunjukkan lelaki botak mampu memberi mereka rangsangan sosial dan psikologi dan mampu membuka laluan di tempat kerja serta dalam kehidupan,” katanya.
Tetapi, ini tidak bermakna lelaki botak mampu menjadi pemimpin yang baik, ia juga boleh menjadi sebaliknya.
“Orang ramai boleh memberi mereka peluang untuk menunjukkan sifat kepimpinan tetapi proses ini tetap memakan masa dengan melibatkan persepsi sosial di kalangan rakan sekerja, jadi lelaki botak juga mampu merawat masa depan mereka,” ujar beliau.
Jadi, jika lelaki di luar sana mengalami masalah keguguran rambut, Mannes berkata, membotakkan kepala mungkin boleh manjadi altenatif dengan kadar kos yang lebih rendah.[sinar]