ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Mei 2013

Wanita ‘bom jangka’ ada 8 ketumbuhan di otak

Seorang ibu menyifatkan dirinya sebagai ‘bom jangka’ selepas disahkan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkannya terpaksa hidup dengan lapan ketumbuhan.Derrie Tustin, 25, dijangkiti lima ketumbuhan bukan barah di otak dan tiga di tulang belakang.

Doktor memberi amaran lebih banyak ketumbuhan akan muncul bila-bila masa.Derrie dari Worcester didiagnos dengan penyakit neurofibromatosis jenis dua (NF2), yang menyebabkan ketumbuhan pada sistem saraf.

NF2 menyebabkan ketumbuhan pada sistem saraf pendengaran dan keseimbangan badan, menyebabkan kehilangan pendengaran, tinitus dan masalah keseimbangan badan.

Ketumbuhan boleh juga berlaku dalam otak atau tulang belakang dan saraf ke lengan dan kaki.Ia boleh menyebabkan lemah pada kaki dan tangan serta pening.

“Penyakit saya menjadikan saya seperti ‘bom jangka. Ketumbuhan boleh muncul bila-bila masa sepanjang hidup saya. “Saya tidak boleh mengelaknya. 

Doktor memantau ketumbuhan itu tetapi ia seperti bermain ‘Russian roulette’ kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya ketika ditemui, semalam.

NF2 disebabkan oleh mutasi genetik dan dalam sebahagian kes, mutasi itu diwariskan kepada anak daripada ibu bapa.

Dalam kes lain seperti yang dialami Derrie, mutasi itu berkembang sendiri pada seorang kanak-kanak yang keluarganya tidak menghidap penyakit itu.

Tidak ada ubat untuk NF2. Rawatan yang dijalankan ialah mengawalnya ketika ia berlaku, sebagai contoh, pembedahan untuk membuang ketumbuhan. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan pesakit pekak atau lemah.

Semangat Derrie hancur selepas mengetahui penyakit itu mungkin diwarisi oleh anak lelakinya, Kai yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun, dia perlu menunggu sehingga kanak-kanak itu berusia 18 tahun sebelum doktor dapat mengesahkannya.

“Kai menghadapi 50 peratus peluang mewarisi penyakit berkenaan. Tiada ibu bapa yang sanggup berdepan dengan keadaan itu,” katanya ketika ditemui.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...