Anda mungkin sudah biasa melihat kucing peliharaan dihiasi dengan
aksesori seperti baju, stokin, atau loceng, tapi pernahkah anda terfikir
untuk mengubah kucing anda menjadi singa dengan hanya memakai topi?
Kini hajat anda mampu direalisasikan kerana seorang pereka dari
Seattle, Amerika Syarikat (AS), Yumiko Landers tampil dengan ciptaannya
iaitu topi haiwan.
Topi haiwan yang berbentuk rambut singa itu dihasilkan dengan
pelbagai warna seperti perang keemasan, hitam, kelabu dan putih kuning,
malah cara pemasangannya juga sangat mudah dengan hanya perlu diikat di
bawah dagu kucing atau anjing.
Landers berkata, idea tersebut muncul selepas dia mengikuti kelas
menjahit yang kebetulan pada ketika itu bertemakan anjing dan kucing.
Jelasnya, dia mula terfikir untuk menghasilkan aksesori berbentuk telinga anjing untuk dipakaikan pada kucing miliknya.
Jahitan saya bagaimanapun tidak menjadi, sebaliknya kelihatan
seperti telinga arnab. Beberapa orang kawan yang melihat gambar kucing
saya memakai topi itu bertanyakan jika saya boleh menghasilkan topi
berbentuk telinga arnab kepada mereka.
Sejak itu, saya mula menghasilkan banyak jenis topi haiwan dan
secara tidak langsung telah membantu kucing saya menjadi singa,"
katanya.
Landers turut menghasilkan topi berbentuk monyet dan harimau bintang
yang dijual melalui laman web Etsy pada harga antara AS$38 (RM113) dan
AS$50 (RM149).
Jelasnya, dia tidak terfikir produknya itu menjadi popular sehingga mendapat tempahan yang banyak dari seluruh dunia.
Produk ini saya buat sendiri sepenuhnya dengan bantuan suami,
termasuklah proses memotong kain, menjahit dan membungkus," katanya.[utusan]