ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 10 Mei 2013

Video penderaan harimau cetus kemarahan

Media tempatan mendesak pengurusan zoo negara itu memohon maaf selepas sekumpulan pekerja zoo berkenaan melakukan penderaan terhadap seekor harimau  di Zoo Wenling, wilayah Zhejiang, timur China.

Video dimuat naik ke laman You Tube itu mencetuskan kemarahan orang awam apabila menyaksikan kelibat dua lelaki berpakaian seragam zoo menampar, memukul kepala dan duduk di atas harimau berkenaan.

Media China News memetik, seorang pegawai tempatan sebagai berkata, kerajaan telah meminta Zoo Weling untuk meminta maaf dan memastikan harimau itu menerima rawatan dan berjanji kejadian sama tidak akan berulang, laporan dipetik daripada AP.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...