Ahli geologi Brazil kelmarin mengumumkan penemuan sebahagian benua
negara itu yang tenggelam pada kedudukan 1,500 kilometer dari Rio De
Janeiro.
Penemuan itu mungkin merupakan sebahagian daripada benua yang
tenggelam ketika Lautan Atlantik telah membentuk benua Afrika dan
Amerika Selatan kira-kira 100 juta tahun dahulu.
Seorang pegawai kanan Pusat Perkhidmatan Geologi Brazil (CPRM),
Roberto Ventura Santos berkata, beberapa sampel batu granit ditemui pada
dua tahun lalu semasa kerja-kerja cari gali dilakukan di sebuah kawasan
yang dikenali sebagai Rio Grande Elevation.
Kawasan itu merupakan sebuah kawasan banjaran pergunungan di Brazil dan perairan antarabangsa.Batu granit yang dijumpai itu didapati membentuk benua tersebut.
"Kawasan ini mungkin merupakan Atlantis Brazil. Kami hampir pasti,
namun hipotesis kami perlu dibuktikan.Kami akan mendapatkan pengesahan
saintifik terakhir pada tahun ini dengan menjalankan aktiviti
penggerudian di kawasan sama tidak lama lagi," kata laman web berita G1
memetik kenyataan Ventura.[kosmo]