ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 17 Mei 2013

Air manis tingkatkan risiko batu karang

Satu penyelidikan mendapati, tabiat suka minum setin air karbonat dan minuman manis dalam sehari, boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang sebanyak hampir suku peratus.

Kajian terbaharu pakar perubatan Hospital Wanita dan Brigham di Boston, Amerika Syarikat (AS), Dr. Gary Curhan itu mendapati, hubungan antara jenis cecair dan batu karang mungkin bergantung kepada jenis minuman yang diambil.

“Kami mendapati pengambilan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang.

“Individu yang minum air karbonat dan minuman manis sebanyak setin atau lebih dalam sehari, berdepan risiko sebanyak 23 peratus untuk membentuk batu karang dalam buah pinggang mereka," jelasnya.

Kira-kira tiga daripada 20 lelaki Britain dan seorang daripada 20 wanita mempunyai tanda-tanda batu karang pada peringkat tertentu dalam usia mereka dan mereka dinasihati minum air masak bagi mencegah pembentukan penyakit batu karang.

Malah kajian Curhan yang dijalankan terhadap 194,095 pesakit dalam tempoh lapan tahun mendapati, sesetengah jenis minuman boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Sebagai contoh katanya, air kopi, teh dan jus oren boleh mengurangkan tahap pembentukan batu karang.[utusan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...