ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 10 Mei 2013

Kereta peronda sport milik polis Dubai dipamer

Tiga buah kereta sport milik polis di bandar raya ini dipamerkan kepada orang ramai di Pasar Perdagangan Arab di sini semalam.

Ketiga-tiga kereta yang dipamerkan itu ialah Lamborghini Aventador, Bentley Continental GT dan Aston Martin One-77.

Polis Dubai akan menggunakan kereta tersebut semasa membuat rondaan di beberapa buah kawasan di bandar raya ini.

Kereta sport Lamborhini Aventador buatan syarikat Automobili Lamborghini S.p.A di Itali itu boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam (km/j).

Ia berharga lebih AS$394,000 (RM1.17 juta).Kelajuan maksimum yang dicatatkan kereta Bentley Continental GT yang dikeluarkan di kilang kenderaan itu di Crewe, England ialah 318 km/j. 

Ia dijual pada harga permulaan AS$176,725 (RM525,580).Kereta sport Aston Martin itu yang dikeluarkan dari kilang Gaydon, Warwickshire, United Kingdom boleh mencecah kelajuan 320 km/j.Ia dianggarkan berharga AS$1.78 juta (RM5.29 juta).[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...