Sebuah kafe ais menjadi daya tarikan para pelancong asing di sini yang menyediakan pelbagai minuman panas.Suhu di dalam kafe itu ditetapkan pada tahap - 6 darjah Celsius.
Ia merupakan kafe ais yang pertama di Asia Barat.Para pengunjung akan duduk di atas kerusi ais yang dilapik dengan bulu haiwan.
Pelbagai ukiran ais dipamerkan di dalam kafe tersebut termasuk bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.Kafe yang dikenali sebagai Chillout itu dikendalikan oleh syarikat dari negara ini, Kumpulan Sharaf.[kosmo]