ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 15 Mei 2013

Pemilik arah keretanya dimusnahkan

Sebuah kereta sport Maserati dimusnahkan oleh beberapa orang lelaki selepas diarahkan oleh pemiliknya di depan kawasan Pameran Kereta Antarabangsa di sini semalam.

Kereta yang berharga AS$423,280 (RM1.26 juta) itu dimusnahkan selepas pemiliknya kecewa dengan perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan di sebuah pusat penjualan kenderaan tersebut.

Menurut agensi berita Xinhua, pihak pengurusan pusat penjualan kenderaan itu sebelum ini membaiki kereta tersebut dengan menggantikan alat ganti yang lama.

Bagaimanapun, alat ganti lama itu dijual pada harga yang sama dengan alat ganti baharu.
Ekoran itu, pemilik kereta Maserati buatan Itali tersebut meminta beberapa lelaki memusnahkan kereta berkenaan.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...