ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 13 Mei 2013

Jutawan kena jadi ‘pramugari’

Jutawan dan Pemilik Virgin Group dari Britain, Sir Richard Branson, 63 terpaksa ‘berkhidmat’ sebagai pembantu penerbangan dengan pesawat AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur selepas kalah dalam pertaruhan dengan Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes semalam.

Beliau terpaksa mencukur bulu kakinya, memakai gincu dan skirt merah bagi menunaikan janjinya. Branson, bagaimanapun dikenakan tindakan disiplin oleh Ketua Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, selepas sengaja menjatuhkan dulang jus oren ke atas paha Fernandes.


Pertaruhan pada 2010

Branson kalah pertaruhan kepada Fernandes pada 2010 selepas mereka saling menegaskan pasukan pelumba Formula Satu masing-masing akan menang pertandingan itu. Pasukan Fernandes mendahului dua mata berbanding Branson.

Fernandes secara berjenaka mengisytiharkan kemahiran Branson sebagai pembantu pesawat dalam penerbangan selama hampir enam jam itu sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘dipecat’ serta-merta.

Kira-kira 300 penumpang terhibur apabila Branson yang memakai seragam pramugari Air Asia dengan solekan, malah menunjukkan demonstrasi keselamatan, yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Ketika jutawan itu memasuki pesawat, lagu Dude Looks Like a Lady dendangan kumpulan Aerosmith dipasang menerusi sistem pendengaran dalaman.

Tugas pertama Branson, 63, adalah membawa keluar dulang minuman. Ketika menghidangkan minuman, beliau sengaja menjatuhkan dulang ke atas paha Fernandes.

“Ia terlepas, memang terlepas,” tegasnya. Sementara itu, Fernandes yang terpaksa menukar pakaian, menunjukkan dengan jelas siapa sebenarnya ketua.“Awak perlu membersihkan tandas,” katanya.[b.harian]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...