ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 2 Mei 2013

Fesyen rambut tomato terkini di Jepun

Sebuah salun rambut di Jepun mentafsirkan semula makna “cutting edge” selepas mengambil inspirasi fesyen daripada buah tomato.Rekaan inovatif itu muncul di daerah Amemura di Osaka dan sudah pun tersebar di Internet.

Pereka gaya rambut, Hiro berkata rekaan gaya rambut bergelar “Tomato Ranum” atau kanjuku tomato dalam bahasa Jepun itu adalah rekaan agungnya. Gaya itu membabitkan menggunting rambut kepada keratan bulat sebelum diwarnakan menjadi warna merah terang tomato.

Sebahagian daripada rambut kemudian dibentuk dan diwarnakan hijau bagi menyerupai tangkai buah tomato. Malangnya seperti juga buah itu, gaya terbabit mempunyai tempoh luput.

Gaya merah dan hijau itu lenyap dengan pantas dan ‘daunnya’ sukar dibentuk selepas dibasuh.

Tomato Ranum adalah satu daripada rekaan anggun yang muncul dari salun Trick Store. Seperti juga buah itu, Hiro turut memerhatikan alam semula jadi untuk memberikannya ilham.

Seorang model dilihat tampil dengan gaya rambut kumbang separuh merah dan hitam digandingkan dengan sekumpulan remaja berfesyen rambut warna merah jambu di satu sudut lain.

Seorang model lelaki pula mempunyai sebahagian rambutnya yang diwarnakan tompokan kuning dan hitam yang menyerupai harimau bintang. Gaya rambut pelik yang lain termasuk rekaan pelbagai warna pelangi.Rambut panjang seorang model diberikan gaya monokrom dengan belang hitam putih.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...