Penumpang yang tidak dinamakan itu mula menyanyikan lagu nombor satu
dalam senarai carta klasik itu sejurus selepas pesawat berkenaan
berlepas dari Los Angeles.
Dia kemudian mengulang persembahannya selama
hampir tiga jam. Mungkin cara nyanyiannya atau mungkin kerana lagu itu
tetapi penumpang lain kemudian bosan mendengar lagu hit 1994 itu.
Juruterbang penerbangan American Airlines itu terpaksa memesongkan
penerbangan dan membuat pendaratan kecemasan di bandar raya Kansas
selepas wanita itu menjadi “gangguan”, kepada kru kabin, kata jurucakap
lapangan terbang.Polis kemudian menaiki pesawat itu tetapi dia masih menyanyi ketika diiringi keluar dari pesawat.[metro]