ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 13 Mei 2013

Lahir bayi lelaki, dapat bayi perempuan?

Seorang wanita Arab Saudi yang melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital tempatan diserahkan bayi perempuan selepas jururawat keliru apabila dua ibu yang melahirkan anak mempunyai nama yang sama.

Wanita terbabit yang tidak tahu jantina bayinya yang baru dilahirkan diserahkan bayi perempuan ketika meninggalkan hospital di bandar Tabuk, di barat laut negara itu sebelum pulang.

“Selepas empat jam, kami menerima panggilan daripada hospital mengatakan jururawat membuat kesilapan kerana persamaan nama dua wanita yang melahirkan anak,” kata abang wanita terbabit, Daifullah Al Atawi.

 Akhbar melaporkan, Pengarah Jabatan Kesihatan, Mohammed Al Tuwaei menuntut siasatan segera dilakukan terhadap kes yang berlaku pada Jumaat lalu itu.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...