Seorang tentera mendapat gelaran Terminator Russia selepas imejnya
memaparkan peluru di dahinya dibuang dengan playar, merebak di Internet,
semalam.
Klip video mengejutkan itu bermula dengan paparan jarak dekat kepala
tentera terbabit dan menampakkan peluru secara jelas terlekat di
dahinya. Seorang tentera lain kemudian membersihkan kawasan sekitar
peluru itu dengan kain sebelum cuba menariknya dengan playar.
Jelas dalam keadaan terkejut, tentera terbabit tidak memberikan sebarang reaksi ketika beberapa cubaan awal membuang peluru itu gagal. Tentera itu akhirnya tersenyum apabila peluru itu dikeluarkan tidak lama kemudian.
Dipercayai dia terbabit dalam insiden tembak-menembak di
antara tentera Russia dengan pejuang Chechen dan senjata yang digunakan
ialah raifal AK-47.
Klip itu dipercayai dirakamkan ketika perang melanda wilayah Chechnya pada 2000 sebelum ia merebak dengan meluas minggu lalu.[metro]