ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 24 September 2012

Gangnam Style catat rekod dunia

Penyanyi rap Korea Selatan, PSY, sudah pasti mampu meningkatkan pendapatan menerusi kariernya apabila klip videonya, ‘Gangnam Style’ memecahkan Rekod Dunia Guinness sebagai video yang paling banyak mendapat ‘Like’ oleh pengunjung YouTube.


Klip video itu mencatatkan sebanyak 2,234,641 ‘Like,’ mengatasi jumlah pemegang rekod sebelum ini,‘Party Rock Anthem’ dari LMFAO, yang memperoleh 1,575,979 ‘Like.’

Sehubungan itu, ‘Gangnam Style’ menjadi video paling banyak ‘Like’ sepanjang sejarah YouTube. Angka itu dicapai hanya tiga bulan selepas klip video itu dimuatnaik.

Sementara itu, klip video sepanjang masa yang paling banyak ditonton di YouTube masih dikuasai oleh ‘Baby’ daripada Justin Bieber, yang mula disiarkan pada 2010.

Hingga kini, ‘Baby’ sudah ditonton 780,683,863 kali, empat kali ganda berbanding ‘Gangnam Style.’[metro]

1 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...