ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 1 September 2012

Kolam awet muda jadi tumpuan

Beribu-ribu pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru di Winongan di sini pada setiap kali cuti Hari Raya Aidilfitri kerana airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda.

Malah, jumlah pengunjung mampu mencecah sehingga 5,000 orang pada satu-satu masa.Koordinator Kolam Alam Banyu Biru, Djuma'adi berkata, pada tahun ini, kira-kira 5,000 pengunjung termasuk dari luar wilayah Pasuruan datang ke tempat perkelahan itu pada hujung minggu lalu.

Katanya, berbanding tahun lalu, jumlah pengunjung yang datang ke kolam terbabit meningkat tinggi pada tahun ini.

"Ekoran sambutan menggalakkan, pengelola Kolam Alam Banyu Biru menaikkan harga tiket masuk kepada 9,000 rupiah (RM2.80) sepanjang cuti Aidilfitri berbanding 5,000 rupiah (RM1.60) pada hari-hari biasa," katanya kepada beritajatim.com.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...