ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 14 September 2012

Terperangkap dalam 'dunia senyap'

''Saya sayang awak''. Itulah ayat pertama yang diungkapkan oleh Lorcan Dillon, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di sini yang mengalami masalah enggan bercakap.
 
Ungkapan itu, bagaimanapun ditujukan Dillon kepada seekor kucing peliharaannya yang diberi nama Jessi.

Tetapi itu bukanlah masalah besar bagi ibunya, Jayne yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mendengar anaknya mula berani untuk berkata-kata.

''Saya terlalu gembira tetapi tidak dapat menunjukkan perasaan itu kerana saya tidak mahu Dillon sedar betapa penting dan berharga nilai percakapan itu bagi saya,'' kata Jayne.

Dillon, sebelum ini merupakan kanak-kanak yang suka bersendirian dan terperangkap dalam 'dunia senyap' hingga mengakibatkannya enggan berkata-kata mahupun menunjukkan sebarang emosi.

Bagaimanapun, setelah mengenali Jessi, seekor kucing Birman berumur dua tahun, Dillon akhirnya mula bercakap buat pertama kali.

Kisah yang memberi inspirasi itu melayakkan Dillon dan Jessi memenangi tempat pertama Anugerah Perlindungan Kucing di Hotel Savoy, London pada bulan lalu dengan video kisah mereka ditonton lebih 115,000 pengunjung YouTube.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...