Seorang pemuda Britain mempunyai keunikan tersendiri, apabila mampu
mengingati apa yang dilakukan, dimakan, dipakai serta segala butiran
laporan berita dan keadaan cuaca pada sebarang tarikh sebelum ini.
Aurelien Hayman, 20, merupakan antara sebilangan kecil manusia yang
mempunyai kelebihan dikenali sebagai hyperthymesia, keupayaan ingatan
bersifat autobiografi yang tinggi.
Hanya 20 orang di dunia memiliki keunikan itu dan Hayman merupakan satu-satunya di Britain yang mempunyai kelebihan tersebut.
Dengan anugerah yang dimilikinya, pemuda itu boleh mengingati semua
perkara yang dilakukannya pada mana-mana tarikh yang dipilih walaupun
baju yang dipakai pada tarikh itu telah berlalu 10 tahun lepas.
Malah, pelajar jurusan kesusasteraan Universiti Durham itu juga boleh
mengingati setiap butiran perbualan, rancangan televisyen yang ditonton
serta lagu yang didengar sebelum ini.
Saya tidak menyedari kelebihan ini sehingga saya berumur 14 tahun.
Saya boleh mengingati semua perkara dengan jelas walaupun ia telah
berlaku bertahun-tahun lalu," katanya.
Sebagai contoh, jika Hayman disuruh mengingati situasi pada 1 Oktober
2006, dia menjawab, cuaca pada hari itu mendung dan dia mendengar lagu
When You Were Young oleh The Killers.
Katanya, pada hari tersebut, dia turut mengajak seorang gadis keluar, namun pelawaan itu ditolak.
Saya memakai baju berwarna biru dan terserempak gadis yang menolak
pelawaan saya di tengah bandar Cardiff pada hari yang sama," katanya.
Namun, Hayman berkata, anugerah yang diperolehinya itu tidak memberi kelebihan kepadanya dalam peperiksaan.
Saya boleh mengingati banyak perkara secara umumnya, namun ia tidak membantu dalam pelajaran saya di universiti," jelasnya.[utusan]