Penyanyi rap Korea Selatan, PSY, sudah pasti mampu meningkatkan
pendapatan menerusi kariernya apabila klip videonya, ‘Gangnam Style’
memecahkan Rekod Dunia Guinness sebagai video yang paling banyak
mendapat ‘Like’ oleh pengunjung YouTube.
Klip video itu mencatatkan sebanyak 2,234,641 ‘Like,’ mengatasi
jumlah pemegang rekod sebelum ini,‘Party Rock Anthem’ dari LMFAO, yang
memperoleh 1,575,979 ‘Like.’
Sehubungan itu, ‘Gangnam Style’ menjadi video paling banyak ‘Like’ sepanjang sejarah YouTube.
Angka itu dicapai hanya tiga bulan selepas klip video itu dimuatnaik.
Sementara itu, klip video sepanjang masa yang paling banyak ditonton di YouTube masih dikuasai oleh ‘Baby’ daripada Justin Bieber, yang mula disiarkan pada 2010.
Hingga kini, ‘Baby’ sudah ditonton 780,683,863 kali, empat kali ganda berbanding ‘Gangnam Style.’[metro]
Menjadi kegilaan skg lagu ni kan...
BalasPadam