Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha
menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod
Dunia Guinness.
Menggelar dirinya “Pantsman,” Gary Craig berjaya memakai 302 seluar
sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia
Guinness.
Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun
lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai 211
seluar dalam .
Bagaimanapun, rekodnya diatasi Janine Keblish yang
mengenakan 252 seluar dalam pada Februari lalu. Craig seorang jurutera
mencipta rekod baru itu di Gypsies Green di Shields Selatan.[sumber]
* Cuak aku..macam ni punya rekod pun ada ke..kih kih kih