SEBELUM ini kita dah lihat bagaimana penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya, Safee Sali di program KEADILAN.
Kali ini giliran penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi pula di program Pakatan Rakyat. Beliau secara simbolik menunjukkan sokongan terhadap tuntutan royalti minyak Kelantan dengan bergambar sambil memegang pelekat "R".
"R" merupakan logo rasmi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan
Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), sebuah badan gabungan yang
menyatukan aktivis yang memperjuangkan Royalti minyak Negeri Kelantan.
Khairul Fahmi merupakan rakyat Kelantan, sudah tentu beliau menyokong tuntutan royalti yang dinafikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk rakyat Kelantan yang majoritinya (95%) adalah orang Melayu.
United Malays National Organization, Umno kononnya memperjuangkan Melayu, namun depan batang hidung rakyat Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti dengan pelbagai alasan dangkal.[milosuam]