Anak perempuan bilionair play- boy yang didakwa lesbian,
mentertawakan tindakan bapanya menawarkan hampir RM200 juta kepada
mana-mana lelaki yang boleh mengembalikannya menjadi wanita tulen.
Cecil Chao Sze-tsung, antara orang paling kaya di Hong Kong
menawarkan hadiah itu selepas anaknya, Gigi berkahwin dengan teman
wanitanya, Seab Eav di Perancis.
Taikun hartanah itu yang tidak dapat menerima perkahwinan sesama
jenis itu berikrar akan membayar kepada mana-mana lelaki yang boleh
berkahwin dengan Gigi dalam satu majlis tradisional.
Bagaimanapun, anak perempuannya yang berusia 33 tahun itu dan lulusan Universiti Manchester menganggap tawaran HKD500 juta (RM200 juta) itu sebagai ‘agak menarik.’
Bagaimanapun, anak perempuannya yang berusia 33 tahun itu dan lulusan Universiti Manchester menganggap tawaran HKD500 juta (RM200 juta) itu sebagai ‘agak menarik.’
Dia memberitahu akhbar South China Morning Post: “Ada ketikanya orang enggan menerima apa yang diberitahukan kepadanya. “Dia (Chao) mempunyai tafsiran menarik mengenai saya.”
Gigi enggan mengesahkan laporan mengenai perkahwinannya pada 4 April lalu dengan berkata: “Saya tidak takut untuk mengaku sesuatu. Tetapi saya mahu menghormati ibu bapa saya. Biarkan masa menjadi saksi,” katanya.
Bapanya yang mendakwa mempunyai 10,000 teman wanita, menafikan laporan mengenai perkahwinan sesama jenis Gigi dan menegaskan anaknya masih bujang.
“Saya tidak kisah lelaki itu kaya atau miskin. Paling penting hatinya baik,” kata Chao mengenai calon ideal untuk menjadi suami anaknya.
“Gigi wanita yang baik, berbakat dan cantik. Dia menghormati ibu bapanya dan pemurah serta melakukan tugas sukarela,” katanya kepada South China Morning Post. Perkahwinan sesama jenis tidak diiktiraf di Hong Kong.
Menurut laporan, Chao bertengkar dengan Gigi minggu lalu selepas Gigi mengumumkan pada satu majlis di Beijing bahawa dia sudah berkahwin dengan kekasihnya, Seab Eav, lima bulan lalu.
Chao yang sering muncul di majlis sosial di Beijing dan majalah selebriti, tidak pernah berkahwin. Selain wang berkenaan, dia juga berjanji untuk membantu bakal menantunya memulakan perniagaan.[metro]