ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 19 September 2012

Pemain tenis tertua di dunia

Seorang lelaki, Artin Elmayan menjadi pemain tenis tertua di dunia pada usia 95 tahun.Dilahirkan di Armenia, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) menyenaraikan Elmayan sebagai pemain ranking yang ke-26 dalam kategori pemain tenis berusia lebih 85 tahun.

Setakat ini, hanya terdapat 39 lelaki dalam senarai ITF itu dengan tiga daripada mereka warga Argentina dan cuma Elmayan yang lahir sebelum tahun 1920.

Pemain tenis berusia 91 tahun dari Poland, Eugeniusz Czerepaniak merupakan pemain kedua tertua diikuti pemain Australia berusia 90 tahun, Neville Halligan.

"Saya biasanya akan bermain menentang pemain berusia 85 tahun kerana tidak ramai yang berumur 90 tahun," kata Elmayan.

Menurutnya, permainan tenis membantu mengurangkan masalah kolesterol dan mengelak tubuh menjadi gemuk.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...