ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 26 September 2012

Psy janji aksi tanpa baju

Penyanyi gempal Korea Selatan yang mencetuskan fenomena sedunia, Psy, berjanji melakukan aksi Gangnam Stlye tanpa baju jika lagunya mencatat kejayaan sebagai pilihan nombor satu.


Penyanyi rap itu yang mempopularkan aksi hentak kaki seperti tarian kuda kembali ke Seoul semalam selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Lagu Psy menjuarai carta muat turun di iTune dan klip videonya di YouTube ditonton 270 juta kali setakat ini. Gangnam adalah nama kejiranan paling elit di ibu negara Korea Selatan dan digelar Beverly Hills Seoul.

Menurut Psy, jika lagunya menjuarai carta Billboard, dia berjanji menyajikan aksinya secara separuh bogel di tempat umum. -[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...