Diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, seorang remaja
terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua
terbabit memungut bahan buangan untuk dijual.
Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan
dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya
ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia
dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa.
Disebabkan mengalami
penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari,
Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di
bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan.
Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di
belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia
kepenatan.
Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa
Jiang bersamanya setiap hari.
“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.
“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.
Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang.[metro]
aduiyai sgt kesian la.sob3x
BalasPadamsedihnya bila baca kes cam nie
BalasPadam