ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 11 September 2012

Sorok monyet dalam seluar

Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu, semalam. 

Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya.Menurut jurucakap kastam, suspek tiba dari Bangkok dan sepatutnya menaiki penerbangan Jet Airways ke Dubai. 

“Kastam mengesan monyet itu ketika membuat pemeriksaan badan,” katanya. Monyet berukuran 17 sentimeter itu - dikenali sebagai loris - hidup di India dan Asia Tenggara, dianggap mempunyai khasiat bagi menguatkan tenaga batin. Ia adalah spesies terancam di dunia. Seekor lagi monyet itu ditemui ditinggalkan dalam tong sampah lapangan terbang berkenaan.[sumber]

*Cuak aku..nasib kastam dapat kesan..kalau tak mati kepeningan monyet tu..kih kih kih

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kalau tak mati kepeningan mungkin mati sesak nafas.

    BalasPadam
  2. Kesian monyat tapi kalau dia gigit tuan punya punya lagi bagus...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...