ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 1 September 2012

Ikan aneh ditemui

Seekor ikan yang memiliki warna dan corak sisik yang aneh telah menggemparkan penduduk di daerah Wajo, Sulawesi Selatan.

Ikan perhiasan jenis Zebra Convict itu mendapat perhatian orang ramai kerana ia tidak seperti ikan lain daripada spesiesnya yang memiliki sisik bergaris hitam dan memanjang ke bawah.

Ikan milik penduduk mukim Tempe Sengkang, Alim Bahri, 42, itu memiliki garis sisik menyerupai tulisan Arab yang membawa maksud 'Allah', lapor Kompas.com.

Keanehan ikan itu menyebabkan orang ramai berduyun-duyun datang ke rumah Alim untuk melihatnya sendiri, bahkan ada yang sanggup datang dari jauh.

Keunikan ikan itu juga mendorong seorang lelaki sanggup membelinya pada harga 10 juta rupiah (RM3,291).[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...