Syarikat reka bentuk, Kawamura Ganjavian Studios
mencipta sejenis produk bantal yang boleh digunakan untuk tidur dengan
selesa tidak kira di mana-mana sahaja.
Kebiasaannya, orang ramai yang sering tidur di platform kereta api,
lapangan terbang atau di atas meja di pejabat akan mengalami sakit
tengkuk.
Namun, bantal terbaru yang dikenali sebagai Ostrich Pillow
membolehkan pengguna berasa lebih selesa untuk tidur dalam apa jua
keadaan.
Penciptanya, Ali Ganjavian, 33, menghasilkan bantal tersebut dengan
menggabungkan ciri-ciri bantal mewah dan sarung muka, yang membolehkan
penggunanya merehatkan kepala dan tangan di dalam bantal unik itu.
"Kita menghabiskan banyak masa setiap hari untuk bekerja dan tidur merupakan perkara penting dalam hidup kita.
"Jadi saya terfikir untuk mencipta produk yang membantu kita tidur dengan selesa," katanya.Bantal tersebut dicipta untuk menghalang sebarang bunyi bising atau
cahaya terang, sekali gus sesuai digunakan di tempat yang sibuk seperti
di lapangan terbang.
Nama bantal itu, Ostrich Pillow yang dijual pada harga 50 pound
(RM248), diambil sempena cara burung unta menanam kepala di dalam pasir.[utusan]
jom beli jom.....mudah2an aku senang nak tido nanti..ahahaha~
BalasPadammemang mudah..atas pokok bleh tido ni..kih kih kih
Padamhehehehehhee..
BalasPadammalam-malam pakai orang ingat Alien...tak pasal2 kena tembak....