ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 27 September 2012

iPhone 5 banyak masalah?

Pelancaran iPhone 5 pada minggu lalu telah menjadi satu daripada yang terbesar dan paling berjaya dalam sejarah, tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai masalah. 

Pengguna yang telah membeli telefon pintar keluaran Apple itu mendakwa versi iPhone terbaru tersebut mempunyai banyak masalah. 

Antara aduan yang dibuat adalah penyambungan wi-fi yang tidak berfungsi, keretakan pada bingkai aluminiumnya, selain laporan cuaca yang mengelirukan daripada pengaktifan suara aplikasi Siri serta laporan kelipan lampu dari tepi telefon itu. 

Telefon pintar iPhone 5 turut dikatakan 'bergetar' ketika digoncang menyebabkan bateri cepat kehilangan kuasa dan beberapa pengguna lain berkata, mereka kehabisan bateri dalam tempoh hanya beberapa jam.

Pengguna turut memberi amaran, perkhidmatan penyimpanan iCloud yang dikendalikan Apple akan dikurangkan daripada 20 gigabait (GB) kepada 5 GB pada penghujung bulan ini, sekali gus membahayakan simpanan sokongan. 

Aduan lain yang diterima termasuk aplikasi Maps baru Apple yang tidak lengkap, laman web Ars Technica yang menjengkelkan pengguna dan banyak sumber daripada forum yang menyokong Apple. Ketika ini lima juta produk itu telah dihantar dalam tempoh pelancarannya pada hujung minggu lalu.[utusan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...