Kementerian Pendidikan Dan Kebudayaan diminta menyiasat bagaimana
gambar artis porno boleh muncul dalam buku latihan pelajar Sekolah
Menengah di Mojokerto, Jawa Timur.
Media semalam melaporkan, ahli Suruhanjaya Parlimen, Eko Patrio,
berkata kes berkenaan mesti disiasat dan tindakan segera diambil
terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana sangat memalukan.
“Pelakunya juga mesti ditangkap dan dihukum jika kejadian itu berlaku
secara sengaja,” katanya.
Isu itu menjadi perhatian apabila buku
latihan pelajar sekolah menengah di Mojokerto menggunakan gambar Maria
Ozawa - juga dikenali sebagai Miyabi - untuk menguji kefahaman
disiarkan.
Turut mengiringi gambar Miyabi itu ialah harimau, hamster dan aktor Indonesia, Dude Herlino.Pada lembaran latihan itu, pelajar diminta mengenal pasti gambar berkenaan dengan tepat.
Dalam kata pengantarnya, penerbit berkata, buku
berkenaan memuatkan gambar Miyabi untuk membantu pelajar mempelajari
pola pemikiran baru membabitkan aspek pembelajaran kerjasama, aktif dan
mandiri.
Penerbit juga yakin buku latihan itu akan membolehkan pelajar
berfikir kritik mencari sendiri maklumat sambil meningkatkan
perkembangan minda.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Dan Kebudayaan,
Muhammad Nuh, mengarahkan buku itu ditarik balik serta-merta.“Buku latihan perlu dipilih dengan teliti oleh guru dan sekolah,” katanya.[metro]
owwww......huhuhu~
BalasPadamhahahahhhahaha.....pening..
BalasPadam