ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 24 September 2012

Sejuta pam tandas secara serentak

Sejuta orang dijangka mengambil bahagian dalam aktiviti mengepam tandas secara serentak dalam usaha negara itu mengatasi masalah saluran tersumbat, lapor media semalam. 
Pihak berkuasa Bulawayo - bandar raya kedua terbesar di negara itu - merayu orang ramai mengepam tandas masing-masing pada jam 7.30 pagi hari ini (waktu tempatan) bagi membuang semua kotoran yang berkumpul dalam saluran pembetungan. 

Bekalan air dicatu di bandar itu sehingga 72 jam setiap minggu, menyebabkan bahan kumbahan berkumpul dalam pembetung. Datuk Bandar Bulawayo, Thaba Moyo, berkata kegiatan itu akan menjadi acara mingguan.

“Idea ketua jurutera bandar ini boleh mengatasi masalah saluran tersumbat ketika penduduk di sini ketiadaan air dalam tempoh catuan,” katanya.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...