ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 27 April 2013

Wanita obses dengan perabot

Seorang wanita Austria yang obses dengan kerusi mengumpul pelbagai perabot terpakai di dalam apartmen miliknya.

Maria Preschern-Hauptmann memperoleh kebanyakan perabot lama itu daripada rakan-rakannya.Setiap perabot terpakai itu akan dibaiki olehnya sendiri sebelum ia diguna semula.

Namun, selepas bilangan perabot tersebut semakin bertambah sehingga memenuhi setiap ruang apartmennya, Preschern-Hauptmann terpaksa menjual sebahagian koleksinya itu.

Minatnya juga telah mendorong Preschern-Hauptmann membuka perniagaan dalam bidang pengubahsuaian kerusi di sini.

Preschern-Hauptmann akan menukarkan sebuah kerusi yang uzur kepada rupa bentuk baharu.Dia akan melakar, menjahit dan membaiki perabot usang sehingga kelihatan baharu sebelum dijual kepada pelanggan.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...