Pertunjukan udara di Republik Dominica bertukar menjadi tragedi
apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke laut dan membunuh dua
juruterbang yang ada di dalamnya.Insiden itu turut disaksikan ribuan pengunjung yang memenuhi pameran berkenaan.
Jurucakap polis berkata, pesawat udara itu terhempas hanya kira-kira 500 meter dari orang ramai. “Dalam tempoh kurang dari 60 saat, seluruh pesawat itu tenggelam ke laut,” katanya.
Dipercayai juruterbang terbabit gagal
mengawal pesawat berkenaan ketika cuba melakukan aksi yang sukar di
udara. Laporan awal mendakwa, enjin pesawat berkenaan terhenti seketika
sejurus sebelum kemalangan berlaku.
Dua mangsa yang terbunuh dikenali
sebagai Rafael Sanchez, 25, dan pembantunya, Carlos Manuel Guerrero, 27.Penganjur kemudian menamatkan serta-merta pertunjukan yang sepatutnya berlangsung selama dua hari itu.[metro]