ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 28 April 2013

Rasukan sindrom comel Gwiyomi

Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis.


Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini.

Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.

Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.

Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...