Lima gadis belasan tahun dituduh menghina Islam dan berdepan dengan
hukuman penjara selepas merakam video yang menggabungkan solat dengan
tarian lagu kumpulan Maroon 5.
Kelima-lima pelajar itu dibuang sekolah di Tolitoli, Sulawesi dan
dilapor kepada polis selepas video mereka menari mengikut rentak lagu
kumpulan itu ‘One More Night’ tersebar di Internet.
Ia adalah kes menghina Islam terbaru di negara yang paling ramai penduduk Islam di dunia itu hingga mendorong kumpulan hak asasi menggesa supaya undang-undang mengenainya dipinda dengan mendakwa ia ketinggalan zaman dan disalah guna.
Dalam video lima minit itu, pelajar terbabit memakai pakaian sukan, bersolat dan diselang-seli dengan tarian.Beberapa versi video itu di YouTube sudah ditonton lebih 500,000 kali.
Puluhan anggota Front Pembela Islam menunjuk perasaan di luar balai polis tempatan membantah tindakan pelajar terbabit, kelmarin.
Sekolah berkenaan membuat laporan polis berhubung video itu yang
dimuat naik ke Internet Mac lalu dan mereka disiasat atas tuduhan
disyaki menghina Islam.
“Pihak sekolah dan anggota masyarakat kecewa dengan video berkenaan dan merasakan ia menghina Islam. Kami akan mengesyorkan mereka didakwa di mahkamah sekiranya berpendapat ia serius selepas menyiasatnya,,” kata Ketua Polis Tolitoli, Rudi Mulyanto.
Menurutnya, kelima-lima pelajar itu yang tidak ditahan ketika ini,
boleh dihukum penjara jika sabit kesalahan tetapi tidak pasti tempoh
yang mungkin dihadapi mereka.[metro]