Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki merayu pertolongan
selama 40 minit selepas dia bersama isteri dan bayinya terlibat dalam
satu kemalangan jalan raya dekat Jaipur, India, kelmarin.
Jurucakap polis memberitahu, tindakan orang awam yang tidak
mempedulikan mangsa dan keluarganya yang dalam kesusahan itu dianggap
sebagai sifat yang memalukan di India.
"Selama lebih 40 minit Kanhaiya Lal merayu pertolongan daripada orang
yang lalu lalang di situ. Kejadian berlaku sebaik motosikal yang dinaiki
mereka bertiga dilanggar oleh sebuah trak," katanya pada laporan
Al-Jazeera.
Isteri Lal, Guddi, 26, dan anak mereka yang masih bayi berumur 10 bulan maut di tempat kejadian.Sebelum ini, sebuah stesen televisyen (TV) tempatan menyiarkan rakaman
yang menunjukkan mayat seorang wanita bersama bayinya dan seorang lelaki
menjerit meminta pertolongan.
Lebih menyedihkan, sebaik ambulans tiba, mayat isteri dan anaknya itu
diangkat secara kasar dan umpama membuang sampah ke dalam kenderaan itu.
Ketua polis trafik Jaipur, Lata Manoj dalam satu temu bual siaran TV
berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap penduduk menghulurkan
bantuan demi menyelamatkan nyawa.[sinar]