Sekumpulan penyelidik berpendapat, mereka yang kerap melayari laman
Facebook adalah tergolong dalam kumpulan yang mempunyai masalah emosi.
Ketua penyelidik dari Universiti Missouri, Russell Clayton berkata,
golongan itu terdiri daripada mereka yang dibelenggu dengan masalah
kemurungan, pemabuk dan penagih dadah serta masalah mental yang lain.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pengkomputeran dan Kelakuan Manusia turut mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 daripadanya mengakui mengalami masalah emosi.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pengkomputeran dan Kelakuan Manusia turut mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 daripadanya mengakui mengalami masalah emosi.
“Mereka menjadikan laman itu sebagai tempat meluahkan masalah dan
perasaan. Pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan melampau dan kesepian
pula lebih cenderung menggunakan Facebook sebagai platform untuk
berhubung dengan orang lain,” katanya pada laporan DailyMail.
Clayton berkata, golongan ini terlalu terdesak untuk bertemu dan
berhubung dengan orang dalam talian, berbanding bertemu di tempat awam.
Bagi yang ketagih alkohol, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam keadaan mabuk dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan tersebut.[sinar]
Bagi yang ketagih alkohol, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam keadaan mabuk dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan tersebut.[sinar]