Pasti ramai yang tidak tahu bahawa besi yang
diperoleh daripada mayat selepas melalui upacara pembakaran, boleh
dikitar semula untuk dijadikan papan tanda dan digunakan pada kenderaan
atau pesawat.
Pemilik syarikat OrthoMetals, Ruud Verberne berkata, industri kitar
semula besi yang diperoleh selepas proses pembakaran mayat selesai,
semakin berkembang di Britain dan negara-negara Eropah.
Katanya, separuh daripada 260 tempat pembakaran mayat di Britain,
telah menandatangani skim mengitar semula itu dengan syarikat Belanda
tersebut.
Jelas Verberne, logam itu biasanya ditanam dalam badan seperti besi
pinggul, kepingan besi pada tulang belakang, skru, kepingan besi dalam
gigi palsu, tampalan gigi, tidak ketinggalan besi yang terdapat pada
papan keranda.
Besi yang dikumpul akan dijual dan hasilnya disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan."Kesemua besi-besi tersebut menyumbangkan sebanyak 75 tan besi setiap tahun di negara ini," katanya.
Menurut Verberne, besi berkualiti tinggi termasuk kobalt dan titanium
yang ditemukan dalam implan dan tampalan gigi, yang tahan suhu sehingga
1,000 darjah Celsius akan dijual untuk kegunaan kenderaan dan industri
penerbangan.
Besi yang lebih murah pula mudah mencair, dan digunakan untuk
kegunaan am termasuk papan tanda, penghadang dan tiang lampu jalan.
Sehingga kini, hampir sejuta pound (RM4.6 juta) berjaya dikumpulkan menerusi projek yang dijalankan di Britain sejak 2004 itu.
Verberne berkata, sebelum mayat dibakar, pihaknya akan menyoal
keluarga si mati sama ada mereka ingin menyimpan besi yang ditemukan
atau tidak.[utusan]