Bom yang meletup beberapa saat sebelum peserta tiba di garisan
penamat membuatkan jalan dipenuhi darah dan kaca dengan tiga terbunuh,
termasuk budak lelaki lapan tahun manakala lebih 140 lagi cedera.
Tanda tanya sekarang siapakah punca menyebabkan tragedi Maraton Boston itu dan mengapa.
Penyiasat Persekutuan mejelaskan tidak ada pihal tampil mengaku pada
hari kelepasan am iaitu, Patriots Day. Tapi, letupan berkenaan
membuatkan semua resah kemungkinan serangan pengganas.
President Barack Obama pula begitu berwaspada tidak menggunakan perkataan `terror' atau `terrorism' ketika dia bercakap di White House selepas tragedi berkenaan.
Tapi, sumber pendadbiran menjelaskan, tragedi berkenaan dianggap sebagai ancaman pengganas.
“Kami akan mencari siapa yang melakukan pengeboman itu dan mengapa," kata Obama. “Sama ada perbuatan individu atau kumpulan, keadilan perlu ditegakkan."
Ketika ini, FBI mengambilalih siasatan dengan meminta penduduk di pinggir bandar raya Boston berkongsi maklumat, terutama yang mempunyai video atau audio atau foto.
Pihak keselamatan Eropah pula mendakwa bukti awal menunjukkan bukan kerja pengebom berani mati.
“Sehingga ini, penyiasat percaya bukan kerja pengebom berani mati tetapi masih terlalu awal untuk menolak kemungkinan berkenaan," katanya.[metro]